KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
( DUA 6022 )
JABATAN PENGAJIAN AM
USTAZ MARZUKI B. SEPIALLL
Muhammad Irfan bin Masiron (15DRM14F1039)
Jefri bin Muhammad (15DRM14F1043)
Muhammad Amir Addin bin Shamsuri (15DRM14F1047)
Muhammad Harris bin Wardi (15DRM14F1056)
PENGENALAN
Semangat hidup berjiran yang
kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan
tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan
semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat
menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di
rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian
dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan
prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka.
Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan
yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan atau mencurigakan.
Untuk memupuk semangat
kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata
pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui
penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat
dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan
pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat
mengetahuinya di atas kertas sahaja, namun dapat memupuk budaya ini di kalangan
kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
Langkah meningkatkan
kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus
selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar
mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan
rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk
terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan
budaya tersebut.
Memandangkan amalan hidup
berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam
negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama
mengamalkannya(vun-sen-wong, on Jul 26, 2015)
Daripada Abu Hurairah r.a,
bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah
dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan
hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Negara Malaysia terkenal di
pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni.
Namun, semangat perpaduan ini semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa
kepada rusuhan di kalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita.
Oleh itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat berjiran perlu dijalankan.
Kepentingan utama hidup
berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat
tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap
tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang boleh meminta
bantuan jiran ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat
mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Ini mewujudkan suasana
aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.
Seterusnya, semangat
kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana perpaduan kaum dapat dipupuk
melalui semangat tersebut. Sikap saling hormat-menghormati antara satu kaum
dengan kaum yang lain dapat dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat
Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat
berbilangkaum di Malaysia. Ini akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1
Malaysia di mana integrasi antara kaum berlaku.
Antara usaha yang wajar
dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah mengadakan kempen
semangat kejiranan. Slogan tentang semangat kejiranan boleh disebarkan melalui
media massa.
Pelbagai pihak boleh
menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik rakyat Malaysia
tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah haruslah digalakan
mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi. Pelbagai pertandingan
harus dijalankan supaya murid-murid sekolah terdedah kepada konsep hidup
berjiran.(vun-sen-wong, on Jul 26, 2015)
Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :
وَاعْبُدُوا
اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي
الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ
الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
“Sembahlah
Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada
kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga
yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Seterusanya, pelbagai
aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu
dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilang kaum dapat dieratkan.
Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan
aktiviti yang melibatkan rakyat pelbagai kaum seperti meraikan
perayaan-perayaan di Malaysia bersama-sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta
budaya Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat
Malaysia.
OBJEKTIF
Objektif Amalan semangat kejiranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah setempat ialah :
1. Membentuk sikap atau tingkah laku yang baik terhadap kejiranan setempat
2. Menigkatkan tahap kesedaran kejiranan setempat
3. Menyatukan semangat kejiranan setempat yang semakin pupus pada masa kini
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim yang baik sesame jiran
KEPENTINGAN KEJIRANAN
Semangat
kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan
dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlualah mempunyai semangat dalam
menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat
kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah
masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan
yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang
lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat,
kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat
menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan
kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Selain itu, semangat
kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam
melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh
meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat
dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika
masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,
sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.
Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan
bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para
tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu
sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan
bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan
sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh
memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yangmantap dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama
pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan
perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan
agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan
bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan
tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat
kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana
hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat
kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat
menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan
keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian
sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan.
Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan
jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan
penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak
bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan
menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat
dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah
masyarakat.
Semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di Malaysia.
Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan
masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri
perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang
baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka. Semangat
kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera
dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu,
semaangat kejiranan bukan shaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi
ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak
kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranana. Semangat kejiranan
amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan
perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada
diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti
rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang maju. Untuk mencapai Wawasan 20200, kerjasama semua pihak amat digalakkan
supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak
menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti
Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
ISU - SEMANGAT KEJIRANAN
Tugasan - punca-punca semangat kejiranan semakin
longgar dalam kalangan masyarakat
· Sesetengah anggota masyarakat kini lebih
bersifat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya
·
Sesetengah anggota masyarakat kini
bersifat individualistik, iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai
masa untuk mengenali jira
· Ada ibu bapa yang tidak menggalakkan
anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum
· Ibu bapa tidak menerapkan kepentingan
amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan
jiran sekelilin
· Masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan
kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang
diadakan di kawasan kediaman mereka
· Tiadanya aktiviti rukun tetangga di
sesetengah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar
· Amalan gotong-royong dalam majlis kenduri
dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka
menggunakan khidmat katering
Tugasan - langkah-langkah untuk mengukuhkan semangat
kejiranan
·
Ibu bapa perlu menerapkan amalan kejiranan
dalam diri anak-anak sejak kecil.
·
Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak
bergaul dengan jiran yang berlainan bangsa.
·
Ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka
sekali apabila menziarahi jiran yang kematian atau sakit.
·
Masyarakat perlu mengambil tahu hal yang
berlaku di kawasan kejiranan mereka
· Aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran perlu diadakan terutama pada
hujung minggu.
·
Amalan menziarahi jiran yang sakit perlu
dijadikan amalan supaya dapat meringankan beban mereka.
· Di setiap kawasan kediaman perlu
ditubuhkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman
·
Pemimpin masyarakat perlu menguar-uarkan
kepentingan mengukuhkan semangat kejiranan
·
Amalan gotong-royong semasa mengadakan
majlis kenduri perlu dihidupkan semula
· Media massa perlu menekankan kepentingan
mengukuhkan hubungan antara jiran dalam ruangan rencana pengarang.
SEMANGAT KEJIRANAN
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas
daripada mempunyai semangat kejiranan. Peribahasa Melayu juga ada menyebut
‘Ibarat aur dengan tebing’, peribahasa tersebut dapat menggambarkan betapa
rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau perasaan
manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang tetangga.
Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud
orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri, depan
,belakang, atas mahupun ditingkat bawah hingga 40 biah rumah dari setiap
penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah
menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan
membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan
kejiranan.
Jiran ialah orang yang paling hampir dengan
kita selain daripada keluarga kita sendiri. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita
sekiranya kita berada didalam kesusahan.
Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘ Jiran sepakat membawa berkat’.
Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat kejiranan yang semakin tipis
dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat kota supaya kita
lebih bersatu hati.
Jenis Atau Pembahagian Jiran
Jenis-Jenis
Jiran
Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun
Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan
pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran
tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu
pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong
mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya.
Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang
tersendiri. Ia terdiri daripada;
.1 Jiran
Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan
persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran
jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim,
kerabat serta sebagai seorang jiran.
2 Jiran
Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging
kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa
bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai
seorang jiran.
3 Jiran
Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga
sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran.
Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka
dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang menyakiti orang asing,
bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia
menyakiti Allah."
Adab
Berjiran Menurut Islam
Dewasa ini, kesibukkan mengejar kemewahan membuatkan
antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak sempat untuk
bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli
masyarakat menjadi hambar. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami
konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham
dan akan mewujudkan perhubungan yang nagetif. Keadaan ini pasti akan merosakkan
perpaduan dan membangkitkan pemusuhan di kalangan masyarakat
Kepentingan adab berjiran amat penting dan
dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas bermaksud segala sikap,
budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Islam ada menggariskan
beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran. Antara yang
paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap
apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam
kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu
mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.
“Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan
apa yang tidak bermakna baginya.”
(Hadith
Riwayat at-Tarmizi)
Adab
bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah akan
menghasilkan perbicaraan dan akan menentukan samada individu tersebut berbicara
tentang perkara yang baik atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan dapat
dipupuk sedikit demi sedikit apabila ahli masyarakat saling horamat menghormati
dengan menjaga adab percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah berfirman
didalam surah al-Muknin ayat 1-3 yang bermaksud,
"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu
orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yng menjauhi daripada perbicaraan yang
tidak berguna."
Selain itu, Islam juga menggariskan panduan kepada
setiap muslim untuk sentiasa memulikan jiran. Antaranya memuliakna jiran ialah
sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran. Hormat
menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap
seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.
Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif kepada jiran
tetangga.
“ Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ;
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka hendaklah ia memuliakan
jirannya." (Riwayat Muslim)
Hadith diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya
sikap hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran
juga mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka
sebagai jiran bukan sahaja mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah
yang mana akan menyakiti diri mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan
yang tidak sesuai. Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan
menegur secara baik dan toleransi. Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan
baik jika perhubungan dua hala antara sesama jiran berjalan dengan baik.
Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat
perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang
baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat didalam kawasan
kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah
masyarakat.
Faktor-Faktor
Semangat Kejiranan Kian Pupus
Dewasa ini, semangat kejiranan kian pupus dalam
kalangan masyarakat kita, mereka seperti tidak mementingkan semangat kejiranan
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud
mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa ini sesuai untuk
menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan
bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan
sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih
bersikap individualistik.
Nyahtijahnya, kita lebih suka menyendiri dan
mengabaikan semangat kejirana dimana pada suatu ketika dahulu, semangat ini
menjadi sesuatu yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli
masyarakat boleh diibaratkan ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa.’ Oleh hal
yang demikian, kita perlu meneliti semual faktor-faktor yang telah menyebabkan
perubahan sikap masyarakat kita sekarang.
Faktor pertama yang mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin
tidak diamalkan oleh masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidikan.
Menurut Dr Affizal Ahamd didalam jurnalnya yang
bertajuk Kepentingan Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan,
pendidikan ialah salah satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan
manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut beliau
lagi, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus
hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan
yang diterima.
Oleh itu, perkaitan yang dapat kita lihat ialah,
apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan
tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam
pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut
terhadap kehidupan bermasyarakat.
Perspektif disini membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan
jawatan dan pangkat tinggi yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat
berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga.
Mereka hanya mementingkan hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab
mereka terhada kebajikan masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli
masyarakat itu sendiri.
Selain itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat
kian melupakan betapa pentingnya semngat kejiranan. Teknologi merupakan satu
perkara yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
teknologi bererti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk
tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain.
Ia juga telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang
mengamalkann semangat kejiranan.
Teknologi juga telah menjadi satu faktor yang menyebabkan kita kurang
mengiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi
yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak
langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon,
faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan
untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk
berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam pergaulan. Sebaliknya kita hanya
akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang
lain melalui teknologi.
Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak
dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh
berhubung dan berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan
yang moden hasil daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat
kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden
dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar.
Hal
ini berbeza dengan rumah-rumah dikampung
yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran denagn jiran
yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi
salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat dan kian pupusnya
semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang
sedang membangun.
Kesan-Kesan Tidak Mengamalkan Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu
perkara yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang
terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap
dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi
jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Disini kita dapat
bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas individu, masyarakat dan negara.
Semangat
kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri
sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan
apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya
salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa
jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang
segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus
dipupuk dan diamalkan.
Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung
mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala
sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri.
Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit,
vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi.
Hal ini kerana tiada pihak yang akan memantau kawasan
perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan
urusan masing-masing. Selian itu mereka juga menggunakkan istilah tidak menjaga
tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala sosial
yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga akan terus berlaku.
Antara punca ialah tidak pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang
dilakukan didalam progem rukun tetangga.
Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu
kesan terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana
masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan
membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat penting
untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia
juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta
melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi.
Masalah sosial juga akan menyebabkan masa depan negara
menjadi kabur. Remaja merupakan eset negara yang paling penting dimana pada masa
akan datang, remaja sekaranglah yang akan menjadi pemimpin.
Langkah-Langkah Menghidupkan Semula Semangat Kejiranan
Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat
kejiranan yakni semangat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyrakat untuk menjaga kebajikan
dan kepentingan masyarakat untuk manjaga kebajikan dan kepentingan anggota
masyarakat yang lain amatlah diperlukan. Ia bertujuan untuk menjamin perpaduan
masyarakat. Pelbagai langkah yang dapat kita laksanakan untuk membendung
masalah ini terus melular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disini kita dapat
lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini.
Langkah pertama untuk mewujudkan semangat kejirana
ialah dengan menghidupkan semula konsep rukun tetangga. Rukun tetangga membawa
maksud pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang telah dipilih oleh
warganya. Program rukun tetangga ialah satu program sukarela yang bertujuan
untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Ia hampir
sama dengan program Neighbourhood Wacth yang diamalkan di United Kingdom.
Di Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan
pada tahun 1975 sebagai satu langkah berjaga-jaga diamana ia memerlukan rakyat
sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini
kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah
bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan sesebuah
negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun tetangga ini, secara
automatiknya semangat kejiranan akan dapat ditaman didalam setiap masyarakat
didalam kawasan kejiranan.
Hal ini kerana,
rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamat kawasan perumahan terutamanya
pada malam hari. Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kanuk, Datuk Nilwan Kabang
berkata selepas majlis penutup Majlis Karnival Sukan Rukun Tetangga peringkat
daerah Kanuk, “ Dibawah kawasan rukun tetangga, skim rondaan sukarela berfungsi
membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, memberi pelindungan
kepada nyawa dan harta benda serta memulihkan keadaan setempat agar menjadi
aman dan sejahtera melalui penglibatan masyarakat kampung itu sendiri,”
Oleh itu, disini dapat kita lihat bahawa melalu konsep
rukun tetangga semangat kejiranan dapat dipupuk kerana ia membabitkan semua
pihak tanpa mengira kaum dimana ia secara tidak langsung mampu melahirkan kerjasama
sesame ahli masyarakat ketika melakukan rondaan bersama ibarat kata pepatah
yang berbunyai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah itu
benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesama ahli masyarakat.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk melalui
mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, majlis membawa erti persidangan atau perjumpaan. Dalam kata lain,
majlis bercorak setempat bererti aktiviti yang akan melibatkan seluruh
masyarakat didalam sesuatu kawasan seperti hari keluarga atau majlis
perkahwinan. Dimajlis ini, jiran tetangga yang datang bertemu dan beramah
mesra, saling bertanya khabar ibarat sambil menyelam, minum air. Ia secara
tidak langsung pertemuan ini akan menjalingkan kemesraan .
Antara contoh yang paling terdekat yang dapat kita
ambil ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama
dan sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli masyarakat. Contohnya
merewang untuk menyediakan makanan. Proses penyediaan makanan akan memerlukan
kerjasama dan kemuafakatan atau kesepakatan. Kejersama amat penting ketika
proses pemyediaan makanan ini atau merewang.
Selaini itu, langkah-langkah yang mungkin dapat
meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menggunakan saluran media massa
yang akan menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Menurut Cangara 2002, media
massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan-pesanan dari
sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis
seperti surat khabar , filem, radio dan televisyen. Oleh itu, ia jelas
menggambarkan bahawa media massa memainkan peranan penting sebagai satu alat
interaksi sosial dalam masyarakat terutamanya sebagai alat pengatara.
“Tanpa media massa, interaksi sosial, politik dan
ekonomi tidak akan wujud mengikut ukuran moden. Media massa menjadi penghubung
dan menyatukan pada system yang wujud didalam sesebuah negara. Selain itu,
proses interaksi antara media dengan masyarakat sentiasa saling mempengaruhi.”
(Datuk
Zakaria Edris, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah)
Media massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang positif dimana ia
dapat menigkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan sesama ahli masyarakat.
Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan satu medium yang paling
mudah masyarakat terpengaruh terutamanya golongan kanak-kanak serta remaja.
Langkah kerajaan menggunakan saluran media massa untuk menyiarkan kempen
kesedaran kejiranan merupakan pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan.
Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah
pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Secara tidak
langsung, kempen yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit
menjadi nadi kepada usaha kejiranan. Bak kata punjangga, langkah pertama
merupakan langkah penentu kejayaan sesuatu matlamat yang ingin dicapai.
Langkah yang terakhir ialah dengan system pendidikan
disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia Melalui Matapelajaran Tertentu
Seperti Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam
matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk
dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa“meluntar buluh biarlah dari rebungnya.”
Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang tinggal
berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar kejiranan amat penting
didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang kias pupus ini amat
penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil
jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini.
Pelbagai langkah dan anisiatif yang boleh dilaksanankan untuk mewujudkan semual
suasana yang positif ini.
Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung gejala ini akan
menyebabkan kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita
terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarak
bersama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memastikan semangat kejirana
tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.
Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran
dan kesejahteraan seseduah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak
akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik
terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan
mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah
kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta
jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, “Jiran
Sepakat Membawa Berkat.”
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi
mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga
haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua
rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan
di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan
masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi
perpaduan di negara Malaysia.(vun-sen-wong, on Jul 26, 2015)
RUJUKAN
- http://documents.tips/documents/kepentingan-semangat-kejiranan-55b515360a7bf.html
- http://minesabrina98.blogspot.my/2016/04/kepentingan-semangat-kejiranan-dalam.html
- http://blogcikguazaman.blogspot.my/2011/10/topik-pilihan-karangan-spm_04.html
- http://nomiesyaza.blogspot.my/2012/04/semangat-kejirana.html
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment